WAKAF
Assalamualaikum Wr.Wb -
Kami selaku admin MI Al Mustofa akan membahas tentang pengertian
WAKAF. mari kita simak bersama :
Wakaf ialah salah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Contoh Amalan Wakaf ialah apabila Baginda Rasulullah SAW membina Masjid Quba’ yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf.
Dalil pensyariatan wakaf di dalam menggalakkan umat Islam
menyumbangkan hartanya untuk manfaat umat Islam terdapat pada Firman Allah SWT
pada ayat 96 Surah Ali Imran:
Maksudnya :“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai
(hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan
sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
Firman
Allah SWT lagi :
Maksudnya : “Bandingan (derma)
orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi
Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al Baqarah
: Ayat 261 )
Rasulullah
SAW sendiri juga menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah seperti hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
Maksudnya : " Apabila mati anak
Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, SEDEKAH JARIAH,
ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Wakaf juga dikenali sebagai Sedekah Jariah, para Ahli Fiqh dan
ulama’ berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk
sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir
kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan
dimanfaatkan. Malahan amalan wakaf ini juga bukan hanya sebagai satu ibadah
sahaja, malahan merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada
kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.
“Jazakumullah khairan katsiran. Wa jazakumullah ahsanal jaza"
sekian
dari kami selaku admin MI Al Mustofa ^_^
jika ada
kata dalam penulisan beserta artinya, kami mohon maaf
jangan
lupa LIKE dan SARAN berupa komentar yaaa..??? ^_^

0 Komentar:
Posting Komentar